Saturday 25 August 2012

Saya Bahagia Tengok Awak Bahagia

HAHAHAHAHAHAH :)
ya...itu memang ayat aku..
so....KENAPA??? salah...??
itu je yang aku mampu..
kau nak sangat bahagiakan??
hambiklahhhhh~ So...aku berharap kau bahagialah..

" Selagi mana kau merelakan hati kau untuk dirantai silam, selagi itu memang kau tidak akan kenal erti bahagia yang sesungguhnya. Hidup tidak seperti yang kita mahu. Memang benar ianya tak seperti yang kita mahu. Tapi hidup adalah mengenai bagaimana kita mampu usaha yang benar benar usaha mencorak hidup kita seperti yang kita mahu. Biar jika dipanjangkan Tuhan usia kita nanti, di akhir hidup kita, kita mampu tersenyum kerana kita telah pun menjalani hidup yang hampir kepada yang kita mahu. "



Ubah segala yang kau boleh ubah. Hati kau, keinginan kau, mahu kau. Ubah dan ubah. Bilamana sesuatu perhubungan itu telah berakhir, redha. Sentiasa ingat, Tuhan ada perancangan yang terbaik untuk kita. Biar hidup dengan mahu yang sendiri. Bukan dikawal sekeliling. Jangan pernah merelakan diri menjadi boneka yang dikawal jari jari orang yang kita sayang. Memang kita sayangkan mereka, tapi pernah kita fikir, apa mereka sayangkan kita macam kita sayangkan mereka? "



" Bilamana kita cinta dan sayangkan seseorang itu, sebagai sesama manusia biasa, kita tiada hak untuk memaksa mereka merasakan yang sama dengan apa yang kita rasa. Kejam jadinya jika kita memaksa seseorang itu untuk cinta kita.

Buka mentaliti kita dengan luas gila, biar pada masa kekecewaan yang kita rasa itu, kita berfikir secara rasional dan bukannya emosional. "


"Cinta pada manusia jangan melampaui cinta kita pada Tuhan. Biar sehebat mana pun dia dalam hidup kau, kau kena ingat, kau dengan dia langsung tiada beza. Sama. Masing masing Tuhan yang ciptakan. "

... Jujur kan hati kamu habis habisan sama dia . Kalau dia risaukan sesuatu , jawabkan kembali kepada dia kenapa dia tidak perlu risau . Yakin kan dia bahawa kamu tahu pilihan kamu itu . Akhir sekali , minta perkenan Tuhan . Kadang kadang ini cara Tuhan memberitahu setuju tidak Dia sama pilihan kamu itu . Dan selagi belum berakhir , selagi itulah Tuhan mahu kita usaha . Bukan masa perkenalan yang memungkinkan sesuatu perhubungan itu kekal . Jika memang dia bukan untuk kita , terima dengan hati terbuka . Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita . Jangan dipertikai mengapa Tuhan buat itu dan ini . Tapi pertikai kenapa kita tidak usaha untuk sesuatu yang itu , dan sesuatu yang ini . Kalau pun kita tidak dapat apa yang kita mahu , tak mengapa , sebab sekurang kurangnya , kita sudah pun usaha . Bukan sekadar lepaskan begitu sahaja ...  "

Anggaplah ni pengorbanan terakhir aku utk ko..
utk melihat kau bahagia..
 :')






No comments: