Sunday 29 July 2012

Kata Kata BSA

Assalamualaikum...
apa yg inginku sampaikan dari Kata Kata BSA
yg sama dgn apa yg aku rasa n hadapi

mohon pinjam kata kata yg penuh dgn isi hati =)



  • "Silap aku sayang orang lebih dari diri sendiri. Beri cukup makan sedang aku kadang-kadang tak pernah nak kisah makan aku cukup atau tak. Jadi orang nombor dua walau dengan diri sendiri. Sudi untuk beri kasih aku pada perempuan lain. Pernah tak kau nampak? Pernah tak?"
  • Bodoh kan aku bila dah terlalu sayang sampai aku tak nampak betapa aku adalah korban nyata tidak sengaja. Dan apabila kau jumpa ramai orang baru yang lebih cantik dari aku, kau tinggal tanpa mempeduli dan kisah tentang aku pun, walaupun secebis?
    Lagi bodoh, aku boleh kata TAK APA. Aku tak kisah. Walau aku tahu aku terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Semua sebab aku terlalu sayang. Kerna itu aku tak nampak, mana bodohnya aku.
  • Cuma satu aku mohon dari kau. Kau jaga dia seperti mana aku sayang kau, walau kau tak pernah nampak. Sebab aku tak mahu perempuan itu buat kau, sepertimana kau ludah kasih aku. Hari ini.
    Terima kasih pernah berkasih dengan aku. Walau itu dulu.
  • "Skrip jalan Tuhan memang tak pernah duga, diputusnya hari ini dijumpakan besok kepada orang yang Tuhan kata; itu kau punya. Berkawan 3 bulan, bersama sampai mati. Kuasa Tuhan, dia yang beri. Bukan bermakna kita bercinta 6 atau 7 tahun itu milik kita..
  • Berkorban itu sakit. Tapi kalau itu adalah hadiah untuk kau rasa bahagia, aku sanggup untuk dicampakkan dimedan pengorbanan.
    Senyum kau, bahagia aku.
  • Dicuba sedaya upaya mana pun kalau bukan kita yang punya, tak kemana. Cari cinta memang payah. Lagi-lagi usia kita ini sepatutnya sudah boleh diri rumah tangga. Tapi putus pula tertimpa tangga.
    Tuhan itu adil , berjuta kali aku ingatkan pada hati-- Sabar. Tuhan sedang sibuk siapkan dia. Nanti kalau tiba masa, angin rasa itu datang, jangan takut mencuba.
    Kalau sudah ditanamkan dalam hati; aku takut bercinta, bagaimana kita ingin tahu lelaki atau perempuan mana yang selayaknya untuk kita?
  • Sudah.Bahagian aku, sudah diambil. Tidak semestinya aku berundur bermakna aku kalah. Lelaki dan perempuan itu rama-rama. Terbang kemana pun kalau satu hari nanti Tuhan kata kau punya, kemana lagi dia hendak singgah kalau bukan dihati sang selayaknya!
    Tentang aku, menjadi pilihan antara yang terpilih itu sakit. Tapi aku percaya setiapnya yang terjadi itu bukan direka tanpa sebab. Cerita dibelakang itu tentu ada sambungan.
    Semoga rama-rama yang datang nanti singgah tak terbang-terbang lagi. Kerna aku juga penat bermain emosi. Minta supaya aku disiapkan suami/isteri yang paling sempurna setelah aku berkali-kali terjatuh dalam tangga cinta.
  • "Menangislah semahu yang ada kalau itu adalah cara berkesan untuk dilepaskan segala yang tersirat walau tanpa ada yang sudi untuk disapukan setiap yang mengalir walau berbaldi turunnya air mata kita..."
  • Pejam mata,
    Beri ruang untuk diri sendiri. Disatu sudut, tutup lampu.
    Bersendirilah, agar soalan yang ditujukan khas untuk diri sendiri ini dipulihkan dengan sendirinya setelah akhir ini teman-teman tepi tidak mampu untuk jadi penasihat pemulih jiwa paling berkesan. Mengertilah, tak semua wujud mereka ini pernah lalui jalan perit yang pernah kita lalu.


  • Berselawatlah untuk kita selalu ingat pada si pemberi ini. Tuhan yang menjadikan kita. Si pencipta mengapa dan si pengolah skrip paling hebat, sujud pada dia. Dengan ihsan paling kasihan, melutut untuk kata; Tuhanku, akulah insan paling hina yang terlalu banyak khilaf untuk pijak dan berada duniamu. Permudahkan setiap jalan yang kau beri. Aku mohon ampun.
  • Untuk pulihkan jiwa dan ubat hati untuk jadi kering tidak semudah lap air yang tertumpah atas meja. Tidak semudah kita telan panadol untuk pening kepala sementara kita. Semua ambil waktu dalam munasabah diri kita.
    Pedulikan mereka yang langsung kita pernah menghargai diri kita. Pedulikan mereka yang tidak pernah kisah hati dan jiwa kita ini sakit atau sihat kah ia. Jalan ini coraknya bermula dengan kita. Hadir mereka hanya gula dalam menambah manis kopi kita.
    Mungkin pada mulanya terlebih letak gula, dan apabila kita jalan setiap hari kita tanpa manis pertama kita rasa; kenapa jalan kita tawar dan hilang sesuatu yang tak pasti.
  • Tenang. Pelan-pelan. Semangat itu akan datang dengan sendirinya kalau kita telah mula kenal diri kita, mahu kita dan perlu kita. Sekali lagi, pelan-pelan ambil masa.
  • Tolong, mengertilah.
    Aku sosok seorang perempuan, kau berdiri sebagai sosok seorang lelaki. Tak sama. Jujur, TAK SAMA kalau mahu dimulakan setiap itu dari aku. Dan aku, mengertilah. Aku sudah cukup jadi seorang yang paling lembik untuk dimulakan setiap langkah kita. Apa kau lagi tidak mengerti kehendak atau mahu aku ?

  • Aku lelah.
    Tolong untuk dijawabkan soalan hanya dengan satu ungkapan selain SAYANG dan Rindu? Adakah hadir kau pada aku hanya untuk digantikan ruang sepi seorang lelaki dan kemudian kau pergi bersama siapa pun kau mahu dan mengantung aku tak bertali sampai mati ?

  • Kau, tolong aku! 
    Lakukan sesuatu untuk kita agar kau tidak terus menyakiti kerna dalam banyak-banyak kelemahan yang ada ditubuh aku, adalah aku begitu susah untuk pergi kalau kau sendiri tak pernah mahu untuk lafaz tak suka. Siapa pun. Tolong aku agar kau lafaz; BERAMBUS, AKU DAH TAK PERLU KAU. Tolong lafaz itu untuk kau bunuh jiwa aku untuk tidak lagi mengharap apa-apa pada lelaki seperti kau.
    Tolong, aku merayu. Dan aku janji, aku TAK AKAN sesekali cari kau selepas kau tembak jiwa aku mati dengan cara yang paling halus iaitu: Ungkapan.
    Tolong~!!!!


    Terima Kasih BSA
    Dengan kata2 mu, aku cuba utk MUHASABAH DIRI
    Bangun dan terus utk semangat !!!



    Ya! Aku akn terus tersenyum melihat kabahagiaan kau..
    ini je yg aku mampu lakukan..

    =)



No comments: