Sunday 20 May 2012

Malam 1 Rejab

Assalamualaikum sayang2ku semua..
ceria2 ok hari ni..xmaw ade yg wat muncung or muka masam jer..
x bagus utk kesihatan...
apa pun berita or cerita tak best 2 abaikan jer..
SENYUM je ok!
2 yg paling bagus...

Ok..back to da topic 1st..
hari ni bertarikh 21 Mei 2012
bersamaan dengan 30 Jumada II 1433
dan keesokkan hari adalah bertarikh 22 Mei 2012
bersamaan dengan 1 Rejab 1433 hari Selasa..

1 Rejab adalah hari yg penuh dengan KEAMPUANAN & KEBERKATAN
Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, malam ni, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.
Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


So..marilah kita sama2 beristighfar kehadratNYA..semoga doa kita terpilih antara yg lain..Insya Allah..amin :)

Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Waktu dibaca :

Selepas subuh dan selepas asar.

Kelebihan sesiapa yang mengamalkannya :

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari ).
Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.
Hadith Sayyidul Istighfar ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam hadits ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat-sangat memerlukan bantuan Allah. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istighfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.

Beristighfar la kawan2...sesungguh Nabi Muhammad SAW tidak putus2 utk membaca doa ini, kerana Baginda sendiri sedar banyak dosa pd Allah SWT..
Jika baginda sedar,adakah kita semua sedar dengan dosa2 yg telah kita lakukan..Nauzubillah~
MasyAllah!
jadi..jgnlah kita malas utk beristighfar..tak susakan..mudah sgt..Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu..amin

Bertemu kita esok pada 1 REJAB 1433 
insya Allah.amin :)




 

2 comments:

Unknown said...

hi sis.. ikut ilmu aku yang cetek ni, eloklah dibaca pada waktu pagi dan petang. boleh cari dalam ma'thurat. doa-doa tu semua dah siap himpun baik punyee..

Cahaya Elmira said...

hye romeo laut..thnx 4 ur info.ya...pada waktu solat subuh dan asar adalah waktu yg terbaik utk baca doa itu..