Sunday 29 July 2012

Kata Kata BSA

Assalamualaikum...
apa yg inginku sampaikan dari Kata Kata BSA
yg sama dgn apa yg aku rasa n hadapi

mohon pinjam kata kata yg penuh dgn isi hati =)



  • "Silap aku sayang orang lebih dari diri sendiri. Beri cukup makan sedang aku kadang-kadang tak pernah nak kisah makan aku cukup atau tak. Jadi orang nombor dua walau dengan diri sendiri. Sudi untuk beri kasih aku pada perempuan lain. Pernah tak kau nampak? Pernah tak?"
  • Bodoh kan aku bila dah terlalu sayang sampai aku tak nampak betapa aku adalah korban nyata tidak sengaja. Dan apabila kau jumpa ramai orang baru yang lebih cantik dari aku, kau tinggal tanpa mempeduli dan kisah tentang aku pun, walaupun secebis?
    Lagi bodoh, aku boleh kata TAK APA. Aku tak kisah. Walau aku tahu aku terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Semua sebab aku terlalu sayang. Kerna itu aku tak nampak, mana bodohnya aku.
  • Cuma satu aku mohon dari kau. Kau jaga dia seperti mana aku sayang kau, walau kau tak pernah nampak. Sebab aku tak mahu perempuan itu buat kau, sepertimana kau ludah kasih aku. Hari ini.
    Terima kasih pernah berkasih dengan aku. Walau itu dulu.
  • "Skrip jalan Tuhan memang tak pernah duga, diputusnya hari ini dijumpakan besok kepada orang yang Tuhan kata; itu kau punya. Berkawan 3 bulan, bersama sampai mati. Kuasa Tuhan, dia yang beri. Bukan bermakna kita bercinta 6 atau 7 tahun itu milik kita..
  • Berkorban itu sakit. Tapi kalau itu adalah hadiah untuk kau rasa bahagia, aku sanggup untuk dicampakkan dimedan pengorbanan.
    Senyum kau, bahagia aku.
  • Dicuba sedaya upaya mana pun kalau bukan kita yang punya, tak kemana. Cari cinta memang payah. Lagi-lagi usia kita ini sepatutnya sudah boleh diri rumah tangga. Tapi putus pula tertimpa tangga.
    Tuhan itu adil , berjuta kali aku ingatkan pada hati-- Sabar. Tuhan sedang sibuk siapkan dia. Nanti kalau tiba masa, angin rasa itu datang, jangan takut mencuba.
    Kalau sudah ditanamkan dalam hati; aku takut bercinta, bagaimana kita ingin tahu lelaki atau perempuan mana yang selayaknya untuk kita?
  • Sudah.Bahagian aku, sudah diambil. Tidak semestinya aku berundur bermakna aku kalah. Lelaki dan perempuan itu rama-rama. Terbang kemana pun kalau satu hari nanti Tuhan kata kau punya, kemana lagi dia hendak singgah kalau bukan dihati sang selayaknya!
    Tentang aku, menjadi pilihan antara yang terpilih itu sakit. Tapi aku percaya setiapnya yang terjadi itu bukan direka tanpa sebab. Cerita dibelakang itu tentu ada sambungan.
    Semoga rama-rama yang datang nanti singgah tak terbang-terbang lagi. Kerna aku juga penat bermain emosi. Minta supaya aku disiapkan suami/isteri yang paling sempurna setelah aku berkali-kali terjatuh dalam tangga cinta.
  • "Menangislah semahu yang ada kalau itu adalah cara berkesan untuk dilepaskan segala yang tersirat walau tanpa ada yang sudi untuk disapukan setiap yang mengalir walau berbaldi turunnya air mata kita..."
  • Pejam mata,
    Beri ruang untuk diri sendiri. Disatu sudut, tutup lampu.
    Bersendirilah, agar soalan yang ditujukan khas untuk diri sendiri ini dipulihkan dengan sendirinya setelah akhir ini teman-teman tepi tidak mampu untuk jadi penasihat pemulih jiwa paling berkesan. Mengertilah, tak semua wujud mereka ini pernah lalui jalan perit yang pernah kita lalu.


  • Berselawatlah untuk kita selalu ingat pada si pemberi ini. Tuhan yang menjadikan kita. Si pencipta mengapa dan si pengolah skrip paling hebat, sujud pada dia. Dengan ihsan paling kasihan, melutut untuk kata; Tuhanku, akulah insan paling hina yang terlalu banyak khilaf untuk pijak dan berada duniamu. Permudahkan setiap jalan yang kau beri. Aku mohon ampun.
  • Untuk pulihkan jiwa dan ubat hati untuk jadi kering tidak semudah lap air yang tertumpah atas meja. Tidak semudah kita telan panadol untuk pening kepala sementara kita. Semua ambil waktu dalam munasabah diri kita.
    Pedulikan mereka yang langsung kita pernah menghargai diri kita. Pedulikan mereka yang tidak pernah kisah hati dan jiwa kita ini sakit atau sihat kah ia. Jalan ini coraknya bermula dengan kita. Hadir mereka hanya gula dalam menambah manis kopi kita.
    Mungkin pada mulanya terlebih letak gula, dan apabila kita jalan setiap hari kita tanpa manis pertama kita rasa; kenapa jalan kita tawar dan hilang sesuatu yang tak pasti.
  • Tenang. Pelan-pelan. Semangat itu akan datang dengan sendirinya kalau kita telah mula kenal diri kita, mahu kita dan perlu kita. Sekali lagi, pelan-pelan ambil masa.
  • Tolong, mengertilah.
    Aku sosok seorang perempuan, kau berdiri sebagai sosok seorang lelaki. Tak sama. Jujur, TAK SAMA kalau mahu dimulakan setiap itu dari aku. Dan aku, mengertilah. Aku sudah cukup jadi seorang yang paling lembik untuk dimulakan setiap langkah kita. Apa kau lagi tidak mengerti kehendak atau mahu aku ?

  • Aku lelah.
    Tolong untuk dijawabkan soalan hanya dengan satu ungkapan selain SAYANG dan Rindu? Adakah hadir kau pada aku hanya untuk digantikan ruang sepi seorang lelaki dan kemudian kau pergi bersama siapa pun kau mahu dan mengantung aku tak bertali sampai mati ?

  • Kau, tolong aku! 
    Lakukan sesuatu untuk kita agar kau tidak terus menyakiti kerna dalam banyak-banyak kelemahan yang ada ditubuh aku, adalah aku begitu susah untuk pergi kalau kau sendiri tak pernah mahu untuk lafaz tak suka. Siapa pun. Tolong aku agar kau lafaz; BERAMBUS, AKU DAH TAK PERLU KAU. Tolong lafaz itu untuk kau bunuh jiwa aku untuk tidak lagi mengharap apa-apa pada lelaki seperti kau.
    Tolong, aku merayu. Dan aku janji, aku TAK AKAN sesekali cari kau selepas kau tembak jiwa aku mati dengan cara yang paling halus iaitu: Ungkapan.
    Tolong~!!!!


    Terima Kasih BSA
    Dengan kata2 mu, aku cuba utk MUHASABAH DIRI
    Bangun dan terus utk semangat !!!



    Ya! Aku akn terus tersenyum melihat kabahagiaan kau..
    ini je yg aku mampu lakukan..

    =)



Dia Yang Kau Pilih



Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka


Maafkan Aku

Assalamualaikum...

Maafkan aku

Ya...aku buat ni semua utk kau..
utk kau rasa kebahagiaan yg kau carik selama ni..
pergilah..cariklah kebebasan itu..
jika ape yg kau inginkan ini betul..
semoga Allah permudahkan..

Maafkan aku

Aku da cuba..
tapi..masih sama yg aku dapat..
aku x mampu lagi..
tidak apa2..
aku cuba utk terima..


Maafkan aku

Aku masih bersyukur..
aku masih bersujud dan berdoa padaNYA..
dan DIA sgt adil padaku..
begitu byk petunjuk yg aku dpt padaNYA..
Jadi...ini lah yg aku pilih..
utk melihat kau bahagia..


Maafkan aku

Terimalah perngorbananku ini utk kau
Ya! utk kau..dan hanya kau..
semoga kau bahagia dgn jalan yg aku bg utk kau teruskn..


Maafkan aku

berkatalah selagi kau mampu
dan tunjukkn bukti kalau apa yg kau ckp itu betol..
aku tidak pernah melarang utk kau berkata apa2..


Maafkan aku

Semoga kita berjumpa disana nanti..
Doaku selalu utk mu..
aku bukan yg sempurna utk mu..
cariklah yg terbaik dariku..
bukan seperti aku yg kau pernah cinta dulu..


Maafkan aku

Jika ini yang kau mampu..
jangan cuba utk mencari2 aku..
Istiqarahkan lah solatmu
supaya jumpa jawapan drpd soalan mu..



Ikhlas dari ku :')
Assalamualaikum


Friday 27 July 2012

Tidak seperti dulu

Assalamualaikum Hawa dan Adam..
Alhamdulillah...kita masih berjumpa diruangan hati elle ni
macam mane puasa u'oll??
hope semuanya dipermudahkan...
Insya Allah..amin :)

okey..memandangkn kita da nak msuk minggu ke dua berpuasa..
mesti ada yg da x sbar2 nak beraya kan..
mesti ada yg sibuk2 tempah kuih raya,baju raya,shopping,DLL
tp...bg elle raya tahun ni berbeza kot dr tahun2 sebelum ni..
hurmmmm..

Susah nak gambarkan mcm mne keadaan tuh...
elle yg merasa,sgt sedih n perit sgt..
but...i try to be strong!
maybe tidak seperti 2 3 tahun lepas..

huhhhhh~!
tak pe la..semuanya sudah dirancang rapi oleh ALLAH SWT.
jika itu yg terbaik,kita hanya mampu redha..

bukan nak dikenang..tapi............!!!
hurmmmmm...so SPEECHLESS.


*maaf ya..hati elle msih x boleh nak berkata2..


SORRY! :'(


Tuesday 24 July 2012

Deja Vu


Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta


CINTA perlukan pengorbanan

Assalamualaikum kawan2..
huhhhhh~ tidak taw ape rasa ni..
tanya dan terus untuk tanya..
masih x jumpa jawapan....



"Meminta dan terus meminta..bukan bererti sekali meminta kau akn terus dapat apa yg kau inginkan
bersabarlah wahai hati..jawapan pasti milik kau"

"terkadang untuk kebahagian itu ada satu yang terkorban. Bukan si penerima keputusan, tapi si pemilih. Dimana dia telah tinggalkan orang yang benar-benar ikhlas untuk dia tapi memilih untuk ke bahu orang lain yang kita sendiri tak tahu jauh mana 'baik dia' dalam relationship kita"-BSA


ya...aku x pernah halang. aku x pernah katakan TIDAK and aku x pernah PAKSA
jika itu kata kamu..TERUSKAN..
aku hanyalah persinggahan..
sekali perasaan ni hilang..tiada lagi PELUANG..

mungkin rasa tidak seperti dulu..
BOSAN..?? PUDAR...??
ohhh...bukan dari kata hati ku..
tidak pernah muncul perkataan itu..

Harapan dari persoalan yang tertunda, adalah kekecewaan. Dan hidup itu, tak pernah ada kepastian-BSA



BAHAGIA....??!
kau perlukan bahagia..ambil lah..
aku rela..jika ini boleh buat kau bahagia..

aku simpan...aku tahan selagi terdaya..
TETAPI..
bila tiba masa dan waktu..aku harap kau tahu jawapannya..
SENYUM...??!
senyumlah...
aku cuba utk senyum utk melihat kebahagianmu..

1 hari kau akan tahu apa itu

CINTA SEJATI
 :')





Sunday 22 July 2012

Trip to U$$ Singaporean -Part 1

Heyyy Heyyy~
perasan x post title elle tu??
mesti korang tunggu2kan...
hihihi :))

Minta maaf sgt2 sbb lambat update utk trip elle ni..
sebab buzy n penat g USS pun x hilang lg (poyosss kan!)
yelaaa...btol2 travel ok..pergi time tu,time tu jugak balik..
cmne x letih..

Ok...jom el story
Tarikh trip ktorg pada 13hb Julai 2012 jatuh pd hari Jumaat..
so..pd hari jumaat tu elle msih bekerja..
after balik kerja,packing2 barang..then after maghrib baru gerak dari Seremban ke JB
yeayyyy~~ excited giler..
ape taknyer... 1st time organize wat trip ni..
by the way...thnx kt kwn2 elle yg  join trip ni..
sbb bg kerjasama sehingga la pulang dari USS..
walaupun dgn mcm2 ragam..tp,elle tetap enjoy..
biasa la kan..kalau xde ragam x best pulak..
mind set elle "ape pun yg kita wat mesti ada ujian dr Allah"
so...juz hadapi dgn tenang n senyummmmm!!

okeyh2~~ continue da story..
Alhamdulillah..perjalanan elle n kawan2 selamat smpai ke JB..
xde apa2 halangan di lebuh raya...
perjalanan dr SEREMBAN-JB makan masa hampir 4 jam jugak la..
ktorg gerak 2buah kereta jer..


 driver kereta pertama :)
kereta kedua sy lah driver nya..

 Actually...masa ni ktrong berhenti rehat di tol terakhir di Senai x salah..

  kami lah gugurl yg join trip nih..
hihihi :)

ok..masa ni ktrong baru lepas park kereta di KFC berdekatan dgn Perhentian Bas Larkin
kami semua mnginap di Hotel Bajet brdekatan dgn perhentian bas..sbb save sikit.
yela...smpai JB da jam 2pagi.then...jam 7lebih nak kena siap2.jam 9pg dah kne tggu bas..
Bas gerak ke Singapore jam 930pg..
so..kita kne punctual la kan..


Ni la jejaka2 yg menyertai trip ni..hihihi :)
muka stok poyos2 jer..HAHAHA:)
semua otak giler..

 menunggu bas..

gedik2 snap pic selagi boleh..
siyesly excited giler time nih..
yes! im so hepy..
awk ada kawan?? awk ade group..???
ohhh..semestinyer sy pun ada..

and mereka adalah BFF sy..
opsss~~ sy BFF mereka! (correction)
wahhhhh~!!!





continue PART 2



Saturday 21 July 2012

1 tahun berlalu

Assalamualaikum kawan2 yg disayangi selalu...
Mcm mana dengan puasa pertama?? harap semuanya berjalan dengan baik
Alhamdulillah...selesai ramadhan pertama kan..

Syukur ke hadrat ilahi..
Ramadhan kali ni lebih baik drpd tahun2 sebelum ni..
nak tahu kenapa??

teka cepat.....hehe :)
Pada Ramadhan tahun lepas lah elle mula berhijab..
elle mula utk berhijrah mencari keredhaan Allah..
Alhamdulillah...jalan yg elle pilih diberkati Allah...

Hari ni tanggal 21 Julai 2012 bersamaan dgn 2 Ramadhan 1433 masihi..
cukup 1 TAHUN sy berhijab..
wowwww...sungguh menarik apabila berhijab..
mudah utk pergi mana jer...dan org akan hormat kita..
yg paling mencabar bila kita xkn diputus2 diberi ujian dan dugaan...
igt...berhijab bukan sekadar utk berfesyen..biarlah kita berhijab kerana Allah taala..
kerana ingin mnutup aurat...sesungguhnya jln itu akn mudah..





yes! DUGAAN...
terlalu byk dugaan yg elle dapat selama setahun elle berhijab..
terlalu besar kbesaran Allah...
elle dpt rasakan hikmah disebalik semua ni..
elle taw ade lagi terbaik yg Allah rancangkan utk elle...
Menunggu keajaiban itu dengan penuh kesabaran n kekuatan..


Sesungguhnya bila kita cuba utk berubah ke arah kebaikan
Allah akan uji tahap keimanan kita..
disitulah kekuatan yg kita akn dpt utk terus kuat mencari keredhaan Allah..
elle pun masih belajar...kalau adalah boleh tgur elle..
elle juz share ape yg elle rasa n alami selama setahun elle berhijab..


Bagi yg ada pasang niat utk berhijab,mulakan niat anda..
teruskan berhijab..sbb smpai bila anda nak tggu hidayah 2 sampai..
anda yg kne carik hidayah,bukan hidayah yg carik anda..
slow slow okeyh! Elle oweys doakn kwn2 elle dipermudahkan utk berhijab..

Syukur alhamdulillah..ramai kawan2 elle yg b4 ni free hair,now da berhijab..
semoga kalian kuat hadapi segala rintangan yg dtg..
trus berpegang kuat dgn niat anda..insya Allah.



AMIN :)






Friday 20 July 2012

Puas

Hye.....ehhhh..berjumpa lagi kita..
ermmm...actually hati elle tiba2 nak berkata2 mengenai PUAS ni..
opssss~ apakah??!!

Makna PUAS ni byk..tapi el nak tumpu pada 1 benda jer..

Oke la..kita ni manusia mmg x penah puas dengan ape yg kita ada.
selagi x dapat,selagi tulah x puas...selagi tulah ade je benda yg u'll nak buat utk puaskan hati u'll
hurmmm...entah la..1 benda yg boleh puaskan hati u'll mybe DENGKI, KUTUK, MENGUMPAT,MENIPU,DLL

Puaskan u'll wat tu semua...U'll ade fikir x,ape yg u'll buat tu x kemana pun..
Puas setakat mne jer...sekejap je pun u'll ley puas..bukan ley wat u'll HAPPY lama mne pun..
klau dah keje nak menDENGKI, MENGUMPAT, MENIPU..u'll igt, u'll ley selamat??
klau rse nk hidup jangka pendek mmg SELAMAT la kot...tp,utk hidup jangka masa yg lama..
u'll akan dapat balasannya...

Bagi yg selalu menjadi mangsa keadaan,banyakkan bersabar...
biarlah orang yg buat kita,tapi jgn sesekali kita buat orang..
serahkan pada Allah utk blas segala kejahatan MEREKA semua..

Lagi 1, kpd PENDENGKI, PENIPU,dan PENGUTUK kat luar sana...
u'll jgn igt u'll tu PERFECT sgt...tiada MANUSIA yg SEMPURNA melainkan Allah yg SATU.
so...jgn la nak dengki sgt dgn kekurangan or kelebihan org lain..
jgn la nak berkata2 kat belakang...
janganlah nak bohong2 sangat...
ape je lah u'll dapat dengan KERJA2 u'll tuhhh...

Renungkanlah ok...elle x tujukan pada sape2..
UMUM dan utk diri elle jugak..
kita ni saudara sesama islam,buang lah sikap2 tu semua...
INGAT...ape pun org cuba buat pada kita,abaikan..
malah doakn utk mereka..supaya mereka diberi petunjuk..

Biarlah ape pun org nk berkata pasal kita,jgnlah kita jadi seperti mereka.
jadilah yg terbaik dihadapan Allah SWT..
Kebaikan yg kita lakukan tak perlu hrapkan pape balasan dari org lain..
lakukanlah dengan ikhlas..Insya Allah,Allah lebih mngetahui segalanya..


AMIN :)

"Jika benar kutukan yg dilemparkan terhadap aku,maka akn ku mohon ampun kpd Allah,
jika tidak benar,aku bermohon agar Allah ampunkan mereka"


Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua...
wahhhh..lama betul kita x jumpakan kat ruang hati elle ni..
hurmmm...maaf ya! elle bz ckit..
then faham2 la bila hati ni x sihat,so..x boleh nak "berkata-kata"


Harap2 semuanya sihat2 okeyh...
Alhamdulillah..elle sihat je wat masa ni..
bese la sakit sikit2..okeyh la...
Hari ni 20hb Julai 2012 jatuh pada hari Jumaat..
tetapi yg elle nk bgtaw ni utk tarikh :-



21 JULAI 2012
SABTU




Siap ade gambar dgn ucapan lagi..hehehe :)
Alhamdulillah... masih ade kesempatan kita semua utk mnyambut Bulan Ramadhan pd thun ni
elle doakn semoga bulan puasa tahun ni memberi byk kberkatan kpd kita semua..
bykkan amal ibadat...insya Allah semuanya dipermudahkan..

Sesungguhnya puasa itu adalah 1 bonus utk semua umat islam bagi berlumba2 utk
membuat perkara baik..bukan susah pun buat perkara baik2 ni..
klau perkata jahat berlumba2 org lakukan,apatah yg baikkn..

Elle selalu dgr org merungut lapar bila berpuasa..kenapa mesti lapar??
bukankah Allah SWT dah bg pluang utk u'll semua bersahur..
dan lg 1,ape itu niat?? bila kita berniat dgn ikhlas kerana Allah taala.
Insya Allah,u'll semua xkn rse lapar..malah akn rse bertenaga..


Niat Puasa

Niat Puasa Sebulan dan Esok Hari
Erti Puasa

Menahan diri dari lapar,dahaga dan perbuatan yg boleh membatalkan puasa
dari terbitnya fajar dan terbenamnya matahari.Puasa juga adalah menahan diri dari menipu,bergaduh,berkata perkara2 yg x baik atau sia2. Kerana puasa adalah 1 bonus utk u'll melatih diri dari segi kesabaran, kejujuran, tolak ansur dan nilai2 murni yg lain..
Malah..bukan pd bulan ni je u'll kne latih diri dengan nilai2 murni ni semua,
praktikkan utk bulan2 berikutnya okeyh!


SELAMAT BERPUASA dr Elle dan keluarga <3


                       




Thursday 12 July 2012

Mudah seperti ABC


A.....B.....C....
mudahkan?? x mudah bg yg xpenah belajar o masih kecil lg..
but.....yg el msudkn sekarang yg dah tua2 bangka...
muka bajet2 da besar n matang sgt tuh...

mesti korang x faham ape yang el cuba nak sampaikan..
ok ok ok...
meh el nk habaq mai kat korang semua..
zaman sekarang ni org tukar bf/gf mcm tukar bju je kan...
mudah nya la haiiiiiiiii~~

sebelum couple berjanji setia,sumpah bagai nk hidup semati  *tp..tu bukan aku
tp...bila da putus sekejap je da dpt peganti..
mmg la korang boleh ckp itu takdir..tp,xyah la sebelum tu nak berjanji bagai..
adoyaiiii~ 

so annoying la..kebudak2kan!
klau da lama sikit baru ada peganti tu mungkin boleh trima lg la kan..
ni blum pape da ade peganti...
kelakar la..kesian kpd "si pendengar JANJI"

pape pun kpd "Si Pejanji" jgn la mninggalkan janji2 kesumat kamu tu..
jgn mudah sgt...

Actually mesej diatas ni x ditujukan pd spe2 yg el kenali..hanya UMUM..
sbb da byk pngalaman el dgr dr kwn2 n org sekeling2..

"Kenapa terlalu mudah jatuh cinta dgn manusia,tp...x mudah jatuh cinta dgn Allah"
Carik lah cinta Allah..barulah carik cinta manusia..
Jika u'll x dpt cinta Allah, bukan semudah tu jugak u'll ley dpt cinta manusia


REMEMBER!!

Cintailah apa sahaja kerana Allah SWT
DariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..
insya Allah.amin

SMILE:)



Wednesday 11 July 2012

Hanya PadaMU Aku Berserah


Assalamualaikum Adam & Hawa

Jika kau merasa kecewa,
pandangkah ke sungai..
airnya tetap mengalir,
biarpun beribu batu menghalang..

Jika kau merasa sedih,
dongakkan kepalamu ke atas dan pandanglah langit..
kau akan sedar,
bahawa Allah S.W.T sentiasa bersamamu tidak kira dimana dan bila masanya..

Jangan hanya teringatkan Allah apabila sedih dan kecewa..
Didiklah diri kita untuk sentiasa mengingati Allah..
masa susah atau senang, suka atau duka, gembira atau sedih..
kecewa atau senang hati..

Utamakan Allah S.W.T kerana Dialah yang mencipta kita dan
hanya Dialah yang benar-benar mengenali diri kita dan memahami diri kita...

Insya Allah..
aku redha dengan ketentuanMU